AntarabangsaHollywood

Jodie Marsh Dakwa Bekas Teman Lelaki Sembunyikan Anak

Model Jodie Marsh mendakwa dirinya telah ditipu oleh bekas teman lelakinya, Wayne Lennox kerana jejaka tersebut telah menipu bilangan cahaya mata yang dimiliki olehnya.

“Saya telah bertanyakan soal anak kepada ramai bekas teman wanita Wayne melalui emel dan telefon. Namun, saya baru dapat tahu dia bukan sahaja mempunyai dua anak dari dua wanita yang berbeza sebaliknya tiga anak daripada tiga wanita berbeza!” katanya menerusi Instagram.

Menurut Jodie, Wayne telah menyembunyikan anak ketiga dari pengetahuannya. Malah, Wayne telah menjadikan Jodie sebagai sasaran kerana menyangkakan wanita senang untuk dibohongi.

Jodie, 40, berasa gembira kerana akhirnya dapat membongkar segala rahsia tentang Wayne kepada umum.

Sebelum ini, Jodie pernah berkahwin dengan James Palcido yang hanya bertahan lapan bulan. – KopiPlanet.Com.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button