Cerita ArtisHiburan

Isteri Selamat Bersalin, Rody Bergelar Bapa Kepada Anak Lelaki

Pemain gitar kumpulan Kristal, Rody bergelar bapa kepada bayi lelaki selepas isterinya, Niena Azman selamat bersalin cahaya mata sulung pasangan itu, malam semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Rody menerusi Insta Story di akaun Instagram miliknya semalam.

Menulis ringkas, “Alhamdulillah, 9.34 malam tadi telah selamat anakku boy (dilahirkan) secara normal ke dunia. Tahniah isteriku Niena Azman, love you all.”

Walau bagaimanapun, Rody tidak berkongsi lebih lanjut di mana lokasi anaknya dilahirkan beserta berat bayi tersebut.

Rody dan Niena diijabkabulkan pada tanggal 27 April 2018 selepas hampir enam bulan berkawan rapat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button