Cerita ArtisHiburan

“Saya Jual Supercar & Superbike Bukan Sebab Duit” – Hairul Azreen

Pelakon Hairul Azreen menafikan dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan dia terdesak mahu mendapatkan wang apabila mengambil keputusan menjual sebuah supercar dan superbike miliknya baru-baru ini.

Menurut Hairul dia hanya bernazar untuk menjual dua aset kesayangannya itu sebagai tanda mensyukuri nikmat bakal dikurniakan cahaya mata kedua yang bakal lahir dalam masa terdekat ini.

“Saya jual bukan sebab faktor duit dan ia hanya nazar saya bila tahu isteri sedang hamil anak kedua. Saya cuma nak ikut jejak langkah kawan yang jual superbike dia bila dapat anak, kiranya kawan saya datang bercerita ini seolah dia mengingatkan saya untuk mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT.

“Selain itu, saya jual juga sebab kereta GTR itu terlalu sempit untuk kami empat beranak termasuk bayi yang akan lahir nanti,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Hairul sebelum ini berkongsi kisahnya yang mahu menjual superbike dan supercar miliknya di laman Istagram sebagai tanda bernazar bakal menimang anak kedua.

Menurut suami kepada Hanis Zalikha ini, kedua-dua kenderaan itu sudah pun terjual namun enggan mendedahkan jumlah hasil jualan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button