Cerita ArtisHiburan

Aaron Aziz Dedah Hidap Sakit Misteri Sejak Dua Tahun Lalu

Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz mendedahkan dia menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu dengan antara simptom yang kerap dialaminya ialah sakit belakang badan yang menyebabkan dia sukar menggerakkan tubuhnya.

Aaron berkata, pelbagai khidmat rawatan dan nasihat yang telah dicubanya, namun semuanya tidak berhasil sehinggalah dia dipertemukan dengan seorang kenalan yang arif dengan ilmu agama.

“Saya mula alami keadaan ini sejak 2016 dan dari situ saya hidap penyakit misteri selepas doktor pun tak tahu punca kenapa saya sering jatuh sakit secara tiba-tiba. Mula-mula ibu bapa saya bawa berubat, namun tak sembuh-sembuh.

“Sehinggalah saya dipertemukan dengan seorang rakan yang arif mengenai perubatan Islam. Dia kata saya terkena penyakit misteri dan sejak berubat dengan dia saya sudah semakin pulih. Dia meminta saya mengamalkam bacaan surah Ruqyah. Bila kita baca surah Al-Baqarah dan kalau badan tiba-tiba berasa panas, itu tanda terkena penyakit misteri,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Aaron berkara demikian sewaktu ditemui pada majlis pelancaran seni khat Aaron Aziz Ruqyah Series di Vista Alam, Shah Alam hari ini.

Menerusi kolaborasi dengan Galeri Top Khat, setiap pembelian khat Aaron Aziz Ruqyah Series, 20 peratus jualan akan didermakan kepada individu yang memerlukan di bawah dana yang ditubuhkan Aaron iaitu Journey of Insyirah.

Susulan sakit misteri yang dialaminya, Aaron mula menurunkan semua gambar-gambar ahli keluarga yang digantungnya di dinding rumah dan menggantikan dengan ayat-ayat Al-Quran mengikut saranan rakannya itu.

“Sejak hidap penyakit misteri ini, saya pun sudah semakin mendekatkan diri dengan agama. Saya cuba jaga solat lima waktu dan apabila masuk waktu sahaja, saya akan terus bersolat,” katanya yang turut mengajak peminat untuk sentiasa mengamalkan bacaan Ruqyah untuk menghindarkan diri daripada anasir-anasir yang tidak baik. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button