Cerita ArtisHiburan

Aaron Aziz Sahkan Dirinya Dibuang Daripada Membintangi Filem Original Gangster

Pelakon popular, Aaron Aziz mengesahkan bahawa dirinya telah dibuang daripada membintangi filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof.

Aaron berkata, dia enggan mendedahkan punca dia dibuang daripada filem berkenaan kerana enggan membuka aib sesiapa.

“Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam Original Gangster. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa. 

“Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu… tahulah,” jelasnya.

Aaron berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung pada malam semalam.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah berlaku perselisihan faham antara dia dan Syamsul, tidak mahu mengulas mengenainya.

“Selisih faham tu.. yang faham tu faham jelah. Yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak bukak cerita. 

“Apapun saya doakan yang terbaik, saya bukan tarik dari, tetapi dibuang,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kerjayanya ketika ini, Aaron memberitahu dia kini membintangi filem Sheriff terbitan Skop Production.

Diarahkan oleh Syafiq Yusof, filem tersebut turut dibintangi Zul Ariffin dan Syafiq Kyle. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
2
+1
0
+1
5

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button