HiburanSelebriti

Abang Fedtri Yahya Disahkan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Pengacara popular Fedtri Yahya memberitahu bahawa abangnya, Zahari telah disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh Fedtri menerusi satu posting di Instagram.

“Dengan berat hati saya ingin memaklumkan abang saya, Zahari, telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi 😭 setelah berjuang dengan #covid19,” tulisnya.

Sebelum ini, Fedtri pernah memaklumkan bahawa kesemua keluarga abangnya telah disahkan positif Covid-19.

Malah, bapanya sendiri yang berusia 72 tahun turut positif dan mendapat rawatan di hospital. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button