Cerita ArtisHiburan

“Abang Harap Ko Tak Tenang Sekarang…” – Man Raja Lawak Tuntut Rakan Artis Bayar Hutang RM10,000

Pelawak popular, Man Raja Lawak memberi peringatan kepada seorang rakan artis untuk membayar hutang sebanyak RM10,000 yang telah dipinjamkannya.

Perkara berkenaan dinyatakan sendiri oleh pelawak tersebut menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya yang dimuat naik hari ini.

“Abang cuma nak bagitau kat artis yang kata nak bayar hutang abana pada 22hb tu… jangan sampai bang hilang sabar… itu jer. Abang dah mudahkan urusan ko patut bersyukur.

“Hari ini kalau tak ada transfer 10k (RM10,000) abang, dia sendiri suh up nama aritu… ok abang buat. Korang nak tau sapa? Tunggu…,” ujarnya.

Man berkata, hubungan dia dengan rakan artis tersebut tidaklah terlalu rapat dan hanya pernah berjumpa di sebuah acara sebelum ini.

“Abang pun bukan rapat dengan dia… kami jumpa pun masa show kat Unisel je. Tak sangka beb… perwatakan baik, mesra.. Perghhhh lu memang padu arr.

“Dari abang nak halal kan 10k supaya hidup abang tenang… baik abang bagi kat Tabung Aman Palestine… Abang harap ko tak tenang sekarang,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button