
AntarabangsaHollywood
Abang Nicki Minaj Didakwa Rogol Anak Tiri
Abang penyanyi Nicki Minaj, Jelani Maraj telah didakwa atas kesalahan merogol anak tirinya yang kini berusia 13 tahun.
Susulan jenayah itu, Jelani berkemungkinan besar dijatuhi hukuman penjara seumur hidup jika terbukti bersalah.
Pihak pendakwaan memberi hujah Jelani telah merogol kanak-kanak itu pada April dan November 2015 (mangsa berusia 11 tahun pada ketika itu).
Pihak polis menerusi siasatan telah menemui air mani suspek pada baju tidur mangsa.
Namun pihak pembelaan mendakwa mangsa dan ibunya telah mereka bukti tersebut bagi mensabitkan kesalahan kepada suspek. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1