HiburanSelebriti

Abang Qu Dedah Dia Hanya Berlakon Sebagai PA Dato Seri Vida, Belum Dapat Surat Tawaran Kerja

Sebelum ini, usahawan selebriti Dato Seri Vida mengumumkan pelantikan seorang pemuda, Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar atau Abang Qu sebagai pembantu peribadinya (PA) dengan tawaran gaji sebanyak RM10,000 sebulan.

Bagaimanapun, dalam rakaman video yang tular, Abang Qu mendedahkan bahawa dia hanya berlakon sahaja sebagai PA kepada usahawan berkenaan.

“Setelah habis rakaman muzik video ‘Ku Ikhlaskan’, saya menunggu juga surat perjanjian kerja memandangkan ia sangat penting, namun masih tidak ada.

“Tidaklah saya guna perkataan berhenti kerana pada peringkat awal saya ditawar untuk kolaborasi, tetapi kini kami tidak lagi jalankan apa-apa kolaborasi bersama,” katanya.

Abang Qu juga mengakui bahawa kini dia tidak lagi berkolabrasi bersama DSV kerana sehingga sekarang tiada sebarang surat tawaran atau perjanjian kerja diberikan oleh Vida.

Dalam pada itu, Abang Qu mendedahkan pada mulanya Vida telah menawarkan peluang untuk melakukan kolaborasi bersama sebagai rakan kerja, tetapi pada akhirnya dia perlu bertugas sebagai PA sebenar walaupun ia hanya lakonan dan arahan semata-mata.

Pada masa sama, dia sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya bersikap lebih peka dengan sebarang tawaran kerja yang diberikan dan pastikan ia mempunyai perjanjian lengkap sebelum memulakan tugas. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button