
Nabila Huda Mengamuk Dengan Ibu Tiri Gara-Gara Ucapan Hari Bapa
Sempena Hari Bapa yang disambut semalam, pelakon Nabila Huda ada memuat naik satu posting di laman Instagramnya mendedikasikan hari tersebut kepada bapanya, penyanyi rock Amy Search atau Suhaimi Abdul Rahman.
Tak sampai sehari dia memuat naik posting tersebut, Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil terus memuat naik satu status dengan nada marah dan bengang terhadap ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Qasander di laman Instagramnya.
Menerusi posting itu, Abil memuat naik komen yang diberikan Qasander mengenai sambutan hari bapa yang tidak sepatutnya diraikan oleh orang Islam.
Terasa komen itu ditujukan kepadanya, Abil terus menulis, “Sebab itu aku akap dia ini punca. Dia ada je. Dia orang kanan yang paling rapat dengan bapa aku. Patutnya kau tak payah la nak post benda-benda gini. You never change lah. Sampai mampus pun kau takkan berubah.”
“Perlu ke nak cerita pasal rockstar, tak celebrate birthday la, tak sambut hari bapa la. Dia tak wish ko la, macam kau sorang je yang beragama Islam. Relax kenapa buat benda jadi complicated ni? Tak payah la play victim, padahal kau tau, kau punca aku berjauhan dengan bapa aku. Sikit pun kau tak rasa bersalah.
“Aku nak post benda sweet untuk bapak aku, biarlah, ni kau nak sibuk juga, nak juga menjawab. Ha, lepas post ini, siap la ada yang cucuk kasi keadaan lagi panas,” tulisnya.
Abil sebelum itu ada memuat naik posting menzahirkan ucapan hari bapa buat Amy dan menceritakan perjalanan hidupnya yang membesarkan tanpa banyak meluangkan masa bersama bapanya gara-gara penceraiaan yang berlaku di antara kedua ibu bapanya.
Luahan perasaan ini bukan kali pertama dibuat Abil, sebaliknya sebelum ini dia juga pernah ‘melenting’ dengan ibu tirinya yang disifatkan sebagai ‘penghalang’ kepada hubungan baik di antara dirinya dan bapa. – KopiPlanet.com