Cerita ArtisHiburan

Abubakarxli Pertaruh Single Hip Hop NiNiNi, Berkisar Tentang Kesedaran Diri

Bernaung di bawal label rakaman Def Jem Asia Tenggara, bintang hip-hop baharu, Abubakarxli mempertaruhkan single berjudul NiNiNi sebagai pengenalan buatnya dalam bidang hiburan tempatan.

Single ‘NiNiNi’ mengisahkan tentang kesedaran diri dan bukan tentang kekejaman dunia atau sebaliknya yang sebelum ini lebih sinonim dengan lagu hip-hop lain.

“Tiada yang mustahil untuk dikecapi dalam dunia ini selagi kita berusaha dan bersikap kental menempuhi tiap rintangan dan cabaran yang datang.

“Jangan lupa untuk meraikan apa yang telah diraih dalam hidup tetapi tetaplah merendah diri dan bagi saya lebih baik bercita-cita tinggi daripada sekadar bermimpi,” katanya.

Sementara itu, muzik video NiNiNi adalah merupakan arahan Abubakarxli sendiri dengan kerjasama Denhouse Productions.

Menerusi muzik video tersebut, ia memaparkan budaya rempit dalam hip hop yang menjadikannya berbeza dengan material hip hop lain.

Terdapat satu paras keaslian dalam cara Abubakarxli menyalurkan bunyi dan imejnya yang bersuara tempatan, satu kualiti yang jarang ada pada hip hop Malaysia.

Abubakarxli mula dikenali dalam dunia hip hop menerusi saluran media sosial YouTube pada tahun 2010. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button