AdvetorialKongsi

Acara Larian SHERUN 2023 Saksikan 1,200 Peserta Berlari Sambil Gayakan Kostum

Acara larian SHERUN 2023 (SRN23) yang diadakan di Taman Botani Putrajaya baru-baru ini menyaksikan seramai 1,200 peserta menyahut cabaran untuk berlari santai sambil menggayakan kostum.

Dianjurkan oleh Four Low Events dengan kerjasama Bahagian Rekreasi dan Bahagian Operasi, Jabatan Landskap Dan Taman, Perbadanan Putrajaya tersebut menyaksikan ramai kalangan peserta menyarung pelbagai jenis kostum menarik.

Antaranya kostum watak-watak Disney seperti Beauty & The Beast, watak-watak puteri, Barbie serta pakaian tradisional pelbagai kaum sesuai dengan tema yang ditetapkan iaitu Fantasy Garden.

Menurut Pengarah Bahagian Rekreasi dan Operasi Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya, LAr Haris Kasim, program tersebut merupakan kali ketiga diadakan dan sambutannya menyaksikan peningkatan orang ramai saban tahun.

“Kali pertama SRN diadakan adalah pada 2019 di Taman Wetland dan tahun 2020 di Taman Wawasan. Saya lihat untuk tahun ketiga acara ini diadakan, semakin ramai yang berminat untuk sertai.

“Tambahan pula setiap tahun tema yang dibuat adalah berbeza-beza. Menariknya SRN kali ini, kita memberi peluang kepada peserta untuk berlari santai sambil menikmati dan melihat keindahan pemandangan taman putrajaya sambil berpeluang melihat pokok buah-buahan nadir.

“Ia termasuk pokok jambu , petai, longan, macang,rambai, pala, salak dan banyak lagi.Peserta juga berpeluang untuk merasai dan memetik buah-buahan ini,”katanya.

Menurut Haris, SRN juga bakal diadakan di taman taman lain di sekitar Putrajaya yang mempunyai keseluruhan 10 taman taman awam pada tahun tahun hadapan dengan pelbagai tema unik dan menarik.

Dalam pada itu,bagi menghargai semua yang hadir, para peserta dengan kostum paling menarik turut berpeluang memenangi hadiah best dress dimana tiga kostum terbaik bagi kategori kanak-kanak dan dewasa akan menerima hadiah wang tunai.

Selain larian, beberapa acara lain turut diadakan antaranya termasuk sesi senaman ringan atau Zumba, persembahan muzik serta booth jualan dan promosi.

Untuk edisi kali ini hadiah utama cabutan bertuah adalah tiket penerbangan pergi balik untuk dua orang ke Kuching.

SRN23 tidak terhad kepada golongan wanita semata-mata, lelaki juga digalakkan untuk menyertainya bersama pasangan masing-masing selaku pacer. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button