
Usahawan selebriti terkenal, Dato Seri Vida atau DSV memaklumkan bahawa dia masih tidak terfikir lagi untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini.
Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, DSV memaklumkan bahawa buat masa ini keutamaan adalah kepada anak-anak dan syarikatnya.
“RAMAI YANG BERTANYA BETUL KE SAYA NAK KAHWIN. Ada ke Lelaki yang nak dekat saya ? Tengok la saya jenis Brutal gini. Semua buat ha ha. Takut lari je nanti.
“Sekarang ni saya tak terfikir pun nak kahwin ke apa. Anak anak @cikb_havoc66 & @kacak_._ , Family & Syarikat adalah priority saya,” jelasnya.
Pada masa sama, DSV juga menyatakan sekiranya dia bertemu jodoh nanti, biarlah pasangannya itu berada tahap yang sama sepertinya.
“Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level level saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course,” ujarnya. – KopiPlanet.com