Cerita ArtisHiburan

Ada Keinginan Untuk Berkahwin Lagi, Along Cham Tak Kisah Bertemu Jodoh Dengan Artis

Sudah lima tahun bergelar duda, pelawak dan pelakon komedi Along Cham mengakui keinginan untuk berumah tangga tetap ada, namun masih belum berjumpa jodoh yang sesuai.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad berkata, sepanjang bergelar duda dia sempat berkenalan dengan beberapa wanita, tetapi tidaklah sehingga ke tahap bercinta.

“Sekarang saya sibuk dengan kerjaya dan takut jika saya menjalin hubungan cinta, komitmen itu tidak dapat dibahagikan dengan baik.

“Lagipun saya fikir kalau kahwin bukan dengan saya seorang. Saya ada anak dan selalu rasa tertanya-tanya adakah itu boleh menerima anak saya nanti. Apa yang paling utama wanita betul-betul boleh sayang anak saya,” katanya.

Ditanya sama ada dia sudah serik untuk berkahwin dengan pasangan yang bergelar artis, Along menyatakan perkara itu sudah menjadi ketentuan Allah.

Jelasnya, apa yang terjadi sebelum ini mungkin bukan kesilapan bekas isteri sahaja dan dia kini lebih fokus untuk memperbaiki diri sendiri dahulu.

Sebelum ini, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia 4, Zila Seeron pada 23 Januari 2010.

Namun, pasangan itu bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial yang kini berusia 11 tahun.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kerjaya terkininya, Along memberitahu dia lebih selesa untuk dikenali sebagai pelakon komedi berbanding sebagai pelawak.

“Saya kalau ada orang letak gelaran raja lawak di belakang nama Along memang saya akan suruh padam.

“Saya rasa dengan apa yang diusahakan sebelum ini dalam industri filem membuatkan saya rasa tidak sesuai lagi untuk berada di kelompok raja lawak.

“Bukan saya tak nak dikenali sebagai pelawak, tetapi saya dah buktikan yang saya boleh menjadi pelakon komedi dengan watak yang tersendiri,” katanya.

Tambahnya, pelawak kini terlalu ramai dan terpulang pada seseorang itu untuk menghalakan kerjayanya sama ada mahu fokus sebagai pelawak atau pelakon komedi.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button