Cerita ArtisGosip Panas

Ada Masalah PUSPAL, Han Byul Tak Dapat Beraksi Nyanyi Keroncong Di Istana Budaya

Sungguh menyedihkan buat penganjur Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia apabila berhadapan dengan masalah Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar negara (PUSPAL) sehingga salah seorang penyanyi yang dijadualkan membuat persembahan, gagal untuk berada di atas pentas seperti yang dijadualkan.

Han Byul yang merupakan penyanyi berasal Korea sepatutnya menyanyikan dua buah lagu iaitu Winter Sonata dan Cinta Abadi dalam versi keroncong dalam konsert yang dianjurkan oleh Irama Studios ini.

Konsert yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Ogos di Istana Budaya tersebut berhadapan dengan masalah permohonan dan kelulusan dari pihak PUSPAL.

Pihak Irama Studios berurusan dengan JBH Event untuk segala urusan Han Byul termasuk urusan PUSPAL.

“Han Byul merupakan salah satu tarikan untuk konsert ini dan kami pasti para peminat beliau menantikan penyanyi luar untuk menyanyi serta menghargai muzik dan irama tanah air kita. Malah Han Byul dilihat memberikan komitmen terhadap konsert ini. 

Adalah menjadi satu cabaran dan kesulitan buat pihak penganjur apabila PUSPAL tidak melepaskan kelulusan untuk Han Byul sedangkan beliau mempunyai peminat yang tersendiri di Malaysia di samping rekod yang bersih. 

Tambahan pula, Han Byul merupakan juara program Big Stage yang turut dianjurkan di Malaysia,” ujar Nazrul Asraf bin Mahzan yang merupakan penganjur.

“Sayang sekali peluang untuk memperkenalkan Irama Warisan Keroncong Malaysia ke peringkat Antarabangsa dan dinyanyikan oleh penyanyi berbangsa Korea yang merupakan Pemenang Program Big Stage di Malaysia terbeku begitu sahaja dan ditolak sebarang rayuan oleh pihak Puspal,” ujarnya lagi.

Sedih dan ralat dengan ujian yang dihadapi saat akhir ini, Nazrul Asraf berharap para peminat Han Byul dapat memahami situasi yang dihadapi oleh pihak penganjur setelah segala inisiatif dan upaya telah dilakukan. 

Pihak penganjur juga berharap para peminat terus memberikan sokongan terhadap konsert yang mengangkat muzik keroncong sehingga dijadikan satu konsert khas atas nama irama itu sendiri.

Bersama Dato Yusni Hamid, Dato Khadijah Ibrahim akan ikut berdendang bersama Dato Awie dan Datin Alyah. Ini ditambah lagi dengan kehadiran pelapis-pelapis generasi baru iaitu Rasyidah Abd Rahim (Bintang Klasik 2012), Rizal Ahmad (Juara Bintang Nostalgia 2013), Jamilah Abu Bakar (Puteri keroncong) dan sepatutnya Han Byul.

Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia ini akan diiringi oleh pemuzik yang cukup berprolifik dari Orkestra Keroncong Irama Perindu. Orkestra Keroncong Irama Perindu adalah kumpulan pemuzik yang ditubuhkan pada tahun 2004 seiring dengan penubuhan Irama Studios.

Irama Studios menganjurkan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia atas sokongan Kementerian Komunikasi Dan Digital serta Mycrea8ve Ventures Sdn Bhd.

Tiket-tiket konsert masih boleh menerusi https://ilassotickets.com dengan harga RM588.00, RM388.00, RM288.00, RM188.00 & RM88.00

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button