Cerita ArtisHiburan

Adam Shahz, PU Taha Teruja Sertai Kawat Hari Kebangsaan

Pelakon, Adam Shahz, 37, dan pendakwah selebriti Pencetus Ummah musim ke-3, PU Dr. Taha, 31, mengakui teruja apabila pertama kali menyertai perbarisan bersama-sama kontinjen Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 yang berlangsung di Dataran Putrajaya Persint 3, Putrajaya awal pagi semalam.

“Selepas seminggu menjalani latihan kawad kaki, berpanas dan berhujan, saya rasa bertuah malah berbangga dapat meraikan sambutan hari ini terutama sempena Malaysia baru.

“Perasaan itu bukan saja untuk diri saya, malah saya pasti semua yang terbabit bagi meraikan Hari Kemerdekaan ke-61 turut merasai perasaan serupa,” kata Adam.

PU Taha pula berpendapat erti kemerdekaan itu bukan saja pada bentuk fizikal tetapi pada jiwa juga kerana bebas untuk beribadah serta mengabdikan diri kepada Allah.

Katanya, itulah kebebasan sebenar bagi seorang hamba terutama kepada umat Islam.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada APM kerana sudi memberi peluang ini kepada kami terutama golongan selebriti dan pegawai bersekutu menyertai perbarisan ini buat kali pertama.

“Saya tahu bukan senang dan hanya yang terpilih saja diberi peluang untuk berada di sini,” kata Taha lagi.

Lebih manis, penyertaan Adam dan Taha turut mendapat pujian daripada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM YAS TPj (PA) Roslan Wahab yang berpendapat dua selebriti ini memberi komitmen tinggi selain menjadi contoh buat masyarakat untuk lebih mengenali APM.

Pada perbarisan yang bermula jam 8 pagi itu, seramai lebih 400 anggota APM dari seluruh Malaysia menyertai perbarisan tersebut.

Mereka antara lebih 12,000 peserta perbarisan daripada pelbagai agensi dan jabatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. -KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button