
Adami Hairi Dikatakan Ubah Gaya Penampilan… Single Angauku Mekar Taruhan Terbaharu
Selepas single sebelum ini forte dan juga legato, Angauku Mekar menjadi taruhan terbaru dan buah tangan dari Adami Hairi yang merupakan lagu ciptaan dari komposer muda Faez Farhan & juga Iman zain dan bernaung di bawah label Green House Production.
Tampil dengan genre yang agak berbeza dari single sebelum..dan adami menyatakan ianya mengikut aliran pendengar di masa kini..
Ditanyakan adami pernah menyepi seketika sebelum ini, dia menyatakan tidak sama sekali, sebenanya dua masih sahaja aktif di ruangan media sosial dan masih menerima jemputan membuat persembahan sebelum ini dan fokus dengan kerjaya hakikinya.
Ditanya tentang penampilan terkini nampak berbeza, dia memberitahu penampilan terkini untuk tahun 2023, Adami berkata tak pernah mengubah mana-mana bentuk asal wajah.
Ujarnya, dia cuma mahu kelihatan fresh dengan genre muzik yang dibawakan,tidak pun melebih-lebih dalam mengayakan sebenarnya..cukup sentiasa nampak kemas dimata orang dan masih menjadi diri sendiri..
Adami tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi namun cukupla ianya dapat tempat dihati pendengar dan diterima masa kini..
Angauku Mekar sebuah lagu berentak pop..ianya menceritakan tentang seorang lelaki yang berjumpa dengan wanita. Kehidupannya merasakan bahagia seperti orang lain..namun semua itu hanya dalam mimpinya sahaja. – KopiPlanet.com