Cerita ArtisHiburan

Adi Putra Perjelaskan Perkataan ‘Bodoh’ Bukan Ditujukan Kepada Petugas Kesihatan

Pelakon popular Datuk Adi Putra telah menarik perhatian gara-gara perkataan ‘bodoh’ yang tulis di satu posting Instagram miliknya ketika meluahkan kekecewaannya.

Ia berkenaan lokasi untuk dia mengambil suntikan vaksin AstraZeneca yang tiba-tiba ditukar dari Kuala Lumpur ke Pengkalang Kubor, Kelantan.

Ternyata, tindakannya itu telah mengundang kecaman daripada netizen yang menganggap pelakon berkenaan seperti tidak hormat kepada petugas kesihatan.

Menerusi laporan yang dipetik daripada portal Suara Merdeka, Adi memberitahu bahawa apa yang ditulis itu sebenarnya telah disalah tafsir oleh segelintir pihak.

“Sebenarnya saya tidak tujukan perkataan ‘bodoh’ itu kepada petugas kesihatan, sebaliknya terhadap aplikasi MySejahtera.

“Ramai yang tidak tahu sebenarnya aplikasi itu diuruskan oleh pihak ketiga dan saya rasa marah dengan pihak yang menguruskan aplikasi tersebut. Berkenaan akaun rasmi media sosial KKM, saya cuma letakkan supaya pihak berkenaan ambil maklum sahaja,” katanya.

Adi berkata, dia bersuara berkenaan kesilapan itu kerana risau jika ada yang mendaftar tetapi tidak mendapat suntikan pada tarikh yang sepatutnya.

Ujarnya, dia tidak mahu golongan sasar yang sepatutnya mendapat vaksin boleh terlepas jika perkara seperti ini berlaku.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan memberitahu yang dia tidak terasa hati dengan kecaman netizen kerana beranggapan mereka telah telah tersalah sangka.

“Saya tidak berkecil hati dengan kecaman netizen. Saya maafkan mereka kerana terkeliru dengan apa yang cuba saya sampaikan,” katanya.

Adi bakal mengambil suntikan vaksin AstraZeneca yang dijadualkan pada 16 Mei depan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button