Rancangan TVTV

Adibah Noor Juara Minggu Ke-4 GV8… Fazley Yaakob Gagal Teruskan Saingan Setelah Dapat Undi Terendah

Saingan minggu ke-4 menyaksikan penyanyi Datuk Fazley Yaakob tersingkir dalam saingan Gegar Vaganza 8 (GV8) setelah mendapat markah terendah dalam kalangan 12 peserta yang bertanding.

Mempersembahkan lagu Mahligai Syahdu yang dipopularkan Datuk Hattan, Fazley gagal memikat hati juri apabila hanya sekadar mendapat 50.00 peratus sahaja.

Dalam pada itu, peserta pilihan Adibah Noor yang menyanyikan lagu Jika nyanyian Melly Goeslaw lupa muncul juara mingguan dengan mendapat markah sebanyak 78.10 peratus.

Kedudukan kedua pula menjadi milik Nikki Palikat (76.60 peratus), tempat ketiga adalah Suki Low (75.00 peratus) dan kedudukan keempat pula adalah Aweera (72.00 peratus).

GV8 menampilkan tiga orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat serta Datuk Shah Reza menjadi juri jemputan. – KopiPlanet.com

Ada Lagu Ada Lagi (Dulu Lain Sekarang Lain – Minggu Ke-5)

1. Gajah – Adibah Noor (78.10 peratus)

2. Gelombang – Nikki Palikat (76.60 peratus)

3. Dancing Queen – Suki Low (75.00 peratus)

4. You Give Love A Bad Name – Aweera (72.00 Peratus)

5.Lembah Kesepian – Shidee (69.10 peratus)

6. Memburu Impian – Aliff Aziz (68.40 peratus)

7.  Mimpi – Azan Scan (68.10 peratus)

8. Terakhir – SAYA (64.80 peratus)

9. Kucu Kuca – Ani Mayuni (57.80 peratus) 10.Purnama – Bandi Amuk (55.50 peratus)

11. Pengemis Muda – Upiak Isil (50.50 peratus)

12. Datuk Fazley (50.00) – Tersingkir

Apakah reaksi anda?
+1
12
+1
4
+1
5
+1
15
+1
4
+1
11
+1
8

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button