Cerita ArtisHiburan

Adira, Azhar Dah Jangka Tersingkir

Dua bintang AF Megastar iaitu Adira dan Azhar akur dengan keputusan menyaksikan penyingkiran mereka pada minggu pertama konsert AF Megastar yang diadakan di Royal Theater Shah Alam malam tadi.

Adira yang menyanyikan lagu Ikut Rentakku menduduki dua tangga tercorot dengan kutipan markah 29.3 peratus manakala Azhar sebanyak 17.1 peratus menerusi persembahan lagu Dalam Gerimis.

Adira ketika ditemui dalam sidang media berkata, dia sudah dapat menjangkakan akan tersingkir malam ini, walaupun mengakui sudah memberikan yang terbaik.

“Saya memang dah ready tersingkir sebab adat bertanding, dapat masuk top 12 pun saya dah okey,” ujarnya yang berpakaian serba merah pada konsert tersebut.

Sementara itu, Azhar pula menyifatkan penyingkirannya adalah tepat memandangkan dia membuat kesilapan dengan membawakan lagu yang tidak kena dengan jiwanya, seperti mana yang ditegur juri jemputan, Datuk Norman Abdul Halim.

“Saya akur dengan penyingkiran ini, namun sedikit kecewa sebab tak dapat nak tunjuk sisi-sisi lain diri saya.

“Bagaimanapun, saya akur ada di bottom three dan terkeluar sebab mereka semua yang kekal memang buat yang terbaik. Saya akan rasa bersalah sekiranya kalau saya terus kekal lagi,” katanya yang agak kecewa apabila Amir Jahari berada di antara kedudukan tercorot memandangkan bintang itu mempunyai bakat yang sangat besar.

Dalam konsert pertama AF Megastar yang bertemakan Throwback itu, Syamel yang membawakan lagu Ku Tak Akan Bersuara meraih anugerah Persembahan Terbaik.

Dengan penyingkiran Adira dan Azhar, kini tinggal 10 bintang dalam persaingan merebut gelaran juara AF Megastar iaitu Bob, Idayu, Shahir, Amir, Ewal, Marsha, Indah, Syamel, Sufi dan Amir Jahari.

AF Megastar diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat, manakala Datuk Norman Abdul Halim bertindak selaku juri jemputan.

Program yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Ria HD itu dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi. Konsert kedua yang akan berlangsung pada 24 September ini mengetengahkan tema rock.

Di bawah merupakan markah penuh para peserta AF Megastar minggu pertama:
1.  Syamel:  58.6%
2.  Marsha:  57.4%
3.  Bob:  56.6%
4.  Idayu:  56.4%
5.  Shahir:  44.2%
6.  Ewal:  41.3%
7.  Sufi:  40.9%
8.  Indah:  39%
9.  Amir:  37.7%
10. Amir Jahari:  35.7%
11.  Adira:  29.3%
12.  Azhar:  17.1% – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram AF Megastar

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button