Cerita ArtisHiburan

Adira Suhaimi Anggap Penceraian Jalan Terbaik, Tak Halang Suami Jumpa Anak-Anak Sekiranya Bercerai

Penyanyi popular, Adira Suhaimi masih berpegang dengan pendirian untuk mengakhiri perkahwinannya dengan suami, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red dengan bercerai.

Adira berkata, dia melihat penceraian merupakan jalan terbaik yang boleh diputuskan, sekalipun suaminya masih mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Buat masa sekarang, itu sahaja jalan yang saya nampak (bercerai). Saya percaya pihak suami mahu kami berbaik semula.

“Namun, jalan (penyelesaian) yang saya nampak adalah dengan berpisah (bercerai),” katanya.

Adira berkata demikian ketika ditemui semasa program Zumba With Nora Danish & Elisya Sandha di sini, hari ini.

Menurut Adira, sekiranya ditakdirkan berpisah, dia tidak akan menghalang suaminya itu untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

Jelasnya, dia tidak kisah untuk suaminya itu berjumpa dengan anak-anak pada bila-bila masa yang sesuai.

Dalam pada itu, penyanyi itu turut melihat rumah tangga yang dibina bersama Datuk Red sejak sembilan tahun lalu seperti sudah tidak boleh lagi diselamatkan.

Menurutnya lagi, biarpun rumah tangganya kini dalam fasa ‘retak menanti belah’, Adira menyatakan dia tetap berfikiran positif dan tidak mahu menunjukkan kesedihan di depan empat orang anaknya.

Ujarnya, apa yang dikongsikan dalam media sosial adalah realiti dirinya yang sebenar apabila sentiasa ceria kerana mahu menjaga emosi anak-anaknya.

“Apa yang saya tunjukkan dalam media sosial, itulah keadaan diri saya yang sebenar. Saya tidak berpura-pura.

“Penting sebagai ibu kepada empat orang anak, untuk tunjuk yang baik-baik sahaja. Sebagai ibu, saya kena selalu positif untuk anak-anak,” ujarnya.

Kata Adira, dia memperoleh kekuatan untuk berdepan dengan ujian rumah tangga bukan baharu semalam, sebaliknya sejak dahulu lagi.

“Kekuatan yang saya ada bukan diperoleh sejak setahun dua lalu. Sebenarnya dalam dalam dengan macam-macam ujian dan pengalaman.

“Itu yang buatkan saya kuat sekarang. Pengalaman telah memberi saya pengajaran untuk menjadikan saya lebihg matang, tenang dan kuat,” katanya.

Sebelum ini, Adira memfailkan perceraian dengan suaminya pada 25 Oktober lalu selepas mendakwa tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinan mereka.

Malah, beberapa tahun lalu, penyanyi itu juga pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama pada 1 April 2019.

Bagaimanapun penyanyi berasal dari Sabah itu menarik semula permohonan dibuat bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia 2 tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button