
Filem Adiwiraku membuat kejutan apabila dinobat sebagai Filem Terbaik dalam acara Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM 29) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
Dengan kemenangan tersebut filem Adiwiraku menewaskan beberapa filem tercalon yang lain seperti Desolasi, Redha, Hanyut dan Interchange.
Selain dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM 29, Adiwiraku turut memenangi beberapa anugerah lain, antaranya seperti Pelakon Wanita Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.

Sementara itu, pelakon Namron turut membawa pulang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Redha), manakala Sangeeta Krishnasamy yang berlakon dalam filem Adiwiraku muncul pemenang untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Dain Iskandar Said dinobatkan Pengarah Terbaik menerusi filem Interchange.
Dalam acara yang dihoskan oleh Zizan Razak itu, beberapa barisan selebriti lain yang turut menjadi penyampai pada FFM 29 seperti Nadiya Nisaa, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Hans Isaac, Raja Mukhriz, Pekin Ibrahim, Ayda Jebat, Datuk Ziela Jalil, Datuk Eizlan Yusof, Nasha Aziz dan Rusdi Ramli.

Sebanyak 53 buah filem yang bertanding dalam acara FFM 29 pada kali ini dengan merangkumi 24 kategori anugerah yang dipertandingkan – KopiPlanet.com
Senarai Keputusan Pemenang-Pemenang FFM 29
1. Anugerah Filem Box Office Terbaik – Abang Long Fadil 2
2. Anugerah Kostum/Busana Terbaik – Akma Suriati Awang (Hanyut)
3. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – Daniel (Hanyut)
4. Anugerah Sinematografi Terbaik – Jordan Chiam (Interchange)
5. Anugerah Penyunting Terbaik – Nazim Shah (JRevolusi)
6. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Zaharah Nakibullah (Interchange)
7. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Harith Haziq (Redha)
8. Anugerah Pelakon Wanita Harapan Terbaik – June Lojong (Redha)
9. Anugerah Pelakon Lelaki Harapan Terbaik – John Tan (You Mean The World To Me)
10.Anugerah Pengarah Harapan Terbaik – Tunku Mona Roza (Redha)
11.Anugerah Skor Muzik Terbaik – David Koon (You Mean The World To Me)
12.Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Diana Danielle (Hanyut)
13.Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Interchange)
14.Anugerah Cerita Asal Terbaik – Jason Chong (Adiwiraku)
15.Anugerah Khas Juri – Desolasi, Shuttle Life, Pekak
16.Anugerah Lakon Layar Terbaik – Saw Teong Hin (You Mean The World To Me)
17.Anugerah Penggiat Belakang Tabir – Johan Ariffin Ibrahim
18.Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman – Datuk Yusof Haslam
19.Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)
20.Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik – Namron (Redha)
21.Anugerah Pengarah Terbaik – Dain Iskandar Said (Interchange)
22.Anugerah Filem Terbaik – Adiwiraku