Cerita ArtisHiburan

Adrea Abdullah Dedah Dirinya Pernah Dituduh Ada Skandal Dengan Suami Orang

Pelakon popular, Adrea Abdullah mengakui sebelum ini dia pernah dituduh mempunyai skandal dengan suami orang.

Menerusi satu perkongsian video di YouTube, Adrea memberitahu ada seorang wanita telah menghantar mesej kepada suaminya, Zul Selamat dengan mengatakan Adrea pernah ada skandal dengan suaminya.

“Ada laa satu hamba Allah, wanita ini private message dekat suami saya kat Instagram cakap, ‘eh you tau tak bini you dulu tu pernah ada skandal dengan laki I’.

“I tak tak tak taulah kalau dia pernah tidur dengan suami I, siap husband I belikan handbag Micheal Kors untuk dia,” ujarnya yang mendedahkan tentang mesej wanita tersebut kepada suaminya.

Bagaimanapun Adrea berkata, dia bersyukur kerana suaminya itu bukan seorang yang terlalu cepat melatah.

“And thank god husband saya ni bukan cepat melatah. Dia cuma cakap ‘apabenda ni’?

“Time tu kita tengah kusut dan stress sebab nak fokus kerja. Jadi saya jelaskan kepadanya (suami) tentang apa yang berlaku,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan juga turut mendedahkan mengenai seorang individu lain yang mahu menghancurkan hubungannya dengan suami ketika mereka masih belum berumah tangga lagi.

Ujarnya, individu lelaki berkenaan kononnya menawarkan mahu melabur di syarikat produksi dia dan suami.

“Sebenar dalam masa yang sama dia suka kat saya. Masa tu saya tak kahwin lagi dengan Zul Selamat. Dia cuba nak porak-perandakan hubungan kami.

“Dia memang beria-ia nak melabur ni. Malah, dia juga beritahu yang hanya akan melabur sekiranya kami berdua berpisah,” ujarnya.

Menurutnya, dia sesekali tidak menerima tawaran tersebut kerana dirinya bukanlah seorang yang mata duitan – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button