Aedy Ashraf Beri Bayangan Hubungan Cinta Dengan Amelia Henderson Seperti Sudah Berakhir
Setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta, kini status percintaan antara pasangan pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson menjadi tanda tanya.
Ia berikutan satu posting Aedy di akaun Twitter miliknya yang seakan-akan memberi bayangan hubungan mereka bermasalah atau kini sudah lagi tidak menjadi pasangan kekasih.
“Mungkin betul kata mereka, sesetengah orang hanya ditakdirkan untuk berada dalam hidup sebagai kenangan,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen seperti tidak menyangka dan tertanya-tanya apa yang membuatkan hubungan mereka bermasalah.
Malah, ada segelintir yang turut perasan bahawa Aedy dan Amelia kini sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Sebelum ini, pasangan berkenaan telah bergandingan menerusi drama bersiri Kisah Cinta Kita.
Malah, Aedy juga telah mencipta kejutan apabila telah melamar Amelia untuk menjadi kekasihnya di sebuah acara di hadapan orang ramai. – KopiPlanet.com