Cerita ArtisHiburan

Aeril Zafrel Jual Kereta Mewah Lamborghini Kuning Miliknya, Sebahagian Hasil Jualan Akan Disumbang Kepada Palestin

Umum mengetahui mengenai pelakon popular, Aeril Zafrel yang memiliki sebiji kereta mewah jenama Lamborghini berwarna kuning.

Bagaimanapun, dalam satu perkongsian di Insta Story miliknya, pelakon berkenaan telah pun menjual kereta mewah berkenaan.

“Goodbye lambo… Jarang sangat pakai kereta ni. Jual jela…

“InsyaAllah sebahagian hasil ni kita derma kat Palestin,” ujarnya.

Pada tahun lalu, pelakon berkenaan mendapat kejutan daripada isteri tersayang, Wawa Zainal yang menghadiahkan kereta berkenaan kepadanya.

Menyangka kereta berkenaan hanya disewa sehari oleh isterinya, namun Aeril tidak menyangka bahawa kereta itu adalah hadiah untuk dirinya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button