Cerita ArtisHiburan

Aeril Zafrel Pula Disahkan Positif Covid-19, Kini Jalani Kuarantin Di Rumah Selama 10 Hari

Pandemik Covid-19 dilihat kini semakin menular dalam kalangan artis di negara ini.

Yang terbaharu, pelakon Aeril Zafril turut mengesahkan dia kini positif Covid-19 selepas mendapat keputusan malam tadi.

“Assalamualaikum semua… malam tadi aku mendapat perkabaran aku positive Covid-19.. Hari isnin aku pergi ke rumah p.a/manager aku sebab dia demam. 

“So aku ke sana sebab kebiasaan nya aku yang akan jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni,” tulisnya di Instagram miliknya.

Ujarnya, memandangkan hari sudah lewat dia mengambil keputusan untuk tidur di rumah pengurusnya itu.

“Selasa.. esok nya aku angkut dia pegi clinic dan ambil swab test PCR sekali dengan aku. 

“Lepas tu aku jumpa staff utk briefing launching virtual online product hujung bulan ni.. dan aku balik rumah terus. Rabu.. result keluar dan aku & manager positive,” ujarnya. 

Menurutnya lagi, apabila dapat keputusan itu, dia terus minta semua ahli keluarga dan kakitangan yang lain untuk menjalani ujian saringan.

Jelas suami kepada Wawa Zainal itu, buat masa ini dia sedang menjalani kuarantin di rumahnya sendiri selama 10 hari.

Sementara itu, Wawa Zainal turut memuat naik video seluruh keluarganya menjalani ujian saringan Covid-19.

Dia juga meminta semua mendoakan supaya dirinya dan ahli keluarga yang lain bebas daripada wabak tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button