Cerita ArtisHiburan

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Dedah Wajah Serta Umum Nama Anak, Jibril Ibtisam Jadi Pilihan

Pasangan pelakon popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya telah mendedahkan wajah anak mereka setelah 11 hari dikurniakan cahaya mata keempat.

Menerusi posting yang dimuatnaik di laman sosial masing-masing, Aeril dan Wawa turut mengumumkan nama anak mereka itu.

“11 hari, selamat lahir ke dunia Jibril Ibtisam,” tulis kedua-duanya ringkas.

Wawa telah melahirkan cahaya mata keempat mereka pada 30 November lalu.

Foto yang dimuatnaik itu adalah sekitar majlis aqiqah yang dibuat, di mana ahli keluarga dan pasangan tersebut mengenakan busana serba putih selain dilengkapi dengan pelamin berendoi dengan rona sama.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 2013 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang baru berusia setahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button