Cerita ArtisHiburan

Afieq Syazwan Rakam Semula Lagu Berhantu 90-an, Layu Di Hujung Mekar Yang Pernah Dipopularkan Kumpulan Rio

Tidak dinafikan lagu kumpulan Rio iaitu Layu Di Hujung Mekar pernah menjadi siulan anak muda sekitar 90-an, malah merupakan antara lagu pilihan buat mereka yang berkunjung ke pusat karaoke.

Melihat kepada populariti dan sambutan yang diraih, penyanyi muda Afieq Syazwan telah bertindak dengan merakamkan semula lagu berkenaan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur apabila percubaan saya merakam kembali lagu berhantu era 90-an ini telah mendapat sambutan dan sokongan dari pencinta muzik tanah air.

“Saya rasa sangat gembira kerana selain meminati lagu ini, saya juga dapat menonjolkan kelainan dan kemampuan vokal menyanyikan lagi balada dan bernada tinggi,” ujarnya.

Menariknya, setelah enam hari di lancarkan di Youtube rasmi FMC Music jumlah tontonan kini hampir mencecah ke 600,000 tontonan dan telah pun trending.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai lagu tersebut, Afiq menyatakan pada asalanya dia hanya menyanyikan secara suka-suka dan dimuat naik di IG Stories.

“Tidak sangka pula maklum balas pengikut IG dan peminat sangat positif, lalu mereka minta saya buat lagi lagu-lagu cover ni.

“Sebenarnya lepas post di IG story, baru saya tahu lagu ini juga diterbitkan oleh syarikat rakaman FMC Music. Jadi, apabila berbincang dengan FMC Music, kami bersepakat untuk record semula lagu ini,” jelasnya.

Layu Dihujung Mekar versi Afieq Shazwan telah dilancarkan di youtube rasmi FMC MUSIC serta semua platform music pada 26 November 2021 yang lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button