Cerita ArtisHiburan

Afifah Nasir & Suami Dapat Hadiah Perkahwinan, Dua Tiket Tonton Konsert Judika Di Singapura

Sebelum ini, pengantin baharu iaitu pelakon Afifah Nasir mendedahkan hasratnya yang tidak kesampaian untuk penyanyi popular Indonesia, Judika membuat persembahan di majlis perkahwinannya.

Bagaimanapun, kekecewaannya itu sedikit terubat apabila dia dan suami telah ditawarkan dua keping tiket untuk menonton persembahan penyanyi berkenaan di Singapura.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Afifah menerusi Insta Story miliknya mengenai tawaran dua keping tiket untuknya dan suami daripada penganjur Sah Entertainment.

“Kami ada terbaca yang Judika tak dapat hadir pada majlis Afifah. Sebagai hadian perksahwinan daripada kami, pihak Sah Entertainment sebulat hati untuk menghadiahkan 2x tiket konsert untuk Afifah dan suami ke konsert Judika di Singapura pada 8 Jun (Sabtu) nanti.

“Awak berdua free tak? Bagitahu kami ye! In shaa Allah, the both of you will have a time of your live!,” ujar kenyataan daripada pihak penganjur.

Menerusi luahan pelakon itu lagi, dia berkata segala persiapan untuk majlis perkahwinannya telah berjalan dengan lancar.

Malah, semua impiannya tercapai kecuali mahu membawa penyanyi Indonesia iaitu Judika untuk datang ke majlisnya tidak kesampaian.

Pelakon berkenaan telah mendirikan rumah tangga dengan Syed Hariz pada 5 Mei lalu selepas mengikat tali pertunangan selama empat bulan pada Februari lepas. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button