Cerita ArtisHiburan

“Afnan Tak Sihat, Kami Sedang Diuji…” – Anak Azmi Saat Yang Baru Dilahirkan Berada Dalam Keadaan Tidak Sihat

Penyanyi Azmi Saat yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata baru-baru ini memaklumkan anak sulungnya itu kini berada dalam keadaan tidak sihat.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Azmi menyatakan dia dan isteri kini memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan anaknya itu.

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami.

Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami. Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya,” ujarnya.

Bagaimanapun, setakat ini penyanyi berkenaan tidak memaklumkan masalah kesihatan yang dihadapi anak sulungnya itu.

Sebelum ini, Azmi dan isteri menunggu selama 10 tahun untuk dikurniakan anak sehinggalah isterinya selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Khairul Afnan.

Dalam pada itu, Azmi menyatakan dia reda dengan ketentuan meskipun apa yang berlaku dan berharap agar anaknya berada dalam keadaan sihat.

“Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami.

“Apa pun yang berlaku, kami redha dengan ketentuan takdirNya. Amin Ya Rabbal Alamin,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button