
Agensi Pengurusan Dedah Kumpulan Infinite Bakal Muncul Semula
Agensi pengurusan Woollim Entertainment menerusi kenyataan media mendedahkan kumpulan K-Pop, Infinite bakal membuat kemunculan semula bulan Februari ini.
Single terakhir kumpulan ini berjudul Tell Me telah dilancarkan pada Januari tahun lalu sebelum mereka merehatkan diri sebentar daripada bidang seni.
Menurut sumber, tarikh single terbaharu mereka dilancarkan masih belum ditetapkan namun kumpulan ini sudah pun memberikan teaser judul lagu tersebut di laman sosial.
Sementara itu, setiap ahli kumpulannya sudah mula memuat naik gambar di akaun Instagram peribadi beserta kapsyen huruf yang berlainan dengan mewujudkan perkataan ‘CLOCK’.
Infinite yang dianggotai enam ahli iaitu Sungkyu, Dongwoo, Woohyun, Sungyeol, L, and Sungjong telah ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Woollin Entertainment dengan mengeluarkan mini album berjudul First Invasion.
Pada asalnya kumpulan ini dianggotai oleh tujuh ahli, namun Hoya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Infinite pada tahun 2017 setelah menamatkan kontrak dengan agensi pengurusan tersebut. – KopiPlanet.com