
Ahmad Idham Berang Tong Sampah Letak Depan Sekolah
Penerbit dan pengarah Ahmad Idham meluahkan kemarahan dan rasa kesalnya berhubung perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab meletakkan tong sampah di hadapan sekolah pendidikan khas miliknya.
Ahmad Idham berkata, perbuatan tersebut ternyata sudah melampaui batas dan langsung tidak masuk akal dengan keadaan yang berbau busuk.
“Meletak tong sampah sebegini di hadapan sekolah pendidikan khas saya. Dah lah baunya amat busuk dan berisiko pula pada hygiene untuk anak-anak istimewa saya.
“Sekali lagi saya memohon pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) @pjcitycouncil dapat mengambil tindakan kepada pengusaha sampah ini,” luahnya menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Penerbit itu berkata, dia meminta supaya pihak MBPJ mneghantar pegawai mereka untuk melihat dan menghidu sendiri bau di tempat tersebut yang terletak di Kota Damansara Science Park.
“Ini sudah kali ketiga saya laporkan. Tak taulah nak kena cakap berapa kali lagi baru diambil tindakan.
“Apa pun kasihankanlah anak-anak istimewa ini yang terpaksa berdepan dengan pencemaran udara dan bau busuk ini yang akan memberi risiko kesihatan kepada mereka,” jelasnya. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Ahmad Idham