Ahmad Idham Kini Jadi Usahawan Perniagaan Bakeri Menerusi Jeju Bakery & Bagels Cafe
Selepas mengasaskan akademi filem, hab pendidikan khas, aktivis kemasyarakatan dan politik, pengarah filem, Dr. Ahmad Idham Nadzri, meluaskan langkahnya melalui perniagaan bakeri Jeju Bakery & Bagels Cafe bersama rakan kongsi dari Korea Selatan, Kwon Nam Cheol.
Ahmad Idham berkata, umum tahu produk dari Korea Selatan sentiasa mendapat tempat kalangan masyarakat di Malaysia kerana kualiti dan keistimewaannya.
“Saya mengenali Mr. Kwon Nam Cheol kerana sebelum ini sering berurusan dengan ahli perniagaan dari Korea Selatan itu sejak beberapa tahun lalu.
“Melihat pada beberapa peluang yang ada, kami bersetuju untuk menjadi rakan kongsi dan memeterai kontrak bersama syarikat EcoJFood Co. Ltd dari Pulau Jeju,” katanya.
Menurut beliau, antara peluang yang akan diwujudkan adalah membuka peluang francais dan ejen kepada anak tempatan di seluruh Malaysia.
Jelasnya lagi, sebagai permulaan, lebih 30 jenis produk bakeri popular dari Pulau Jeju akan dibawa masuk ke Malaysia.
“Kafe Jeju Bakery & Bagels Cafe yang pertama dijangka memulakan operasinya pada penghujung Mac ini. – KopiPlanet.com