Cerita ArtisHiburan

Aiman Tino Akhirnya Sah Bergelar Suami Pada Hari Raya Aidilfitri Ke-6

Penyanyi popular, Aiman Tino akhirnya sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Syarah Haifa dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang berlangsung petang tadi.

Menariknya, majlis akad nikah pasangan berkenaan telah disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Magica Events.

Pada majlis berkenaan, penyanyi berkenaan memberikan mas kahwin sebanyak RM5,000 kepada isterinya.

Sebelum ini, pada awal Februari lalu penyanyi tersebut membuat pendedahan mahu mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya itu pada pertengahan tahun ini.

Mengimbas semula perkenalan mereka, Aiman dan Syarah diperkenalkan rakan mereka pada tahun 2019 sebelum memutuskan menjadi rakan bisnes perniagaan penyanyi itu sehinggalah melangkah ke fasa bercinta. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button