Cerita ArtisHiburan

Ain Edruce Dedah Wajah Anak, Pilih Nama Soraya Bermaksud ‘Cantik’ & Kongsi Pengalaman 26 Jam Ambil Masa Untuk Bersalin

Setelah hampir dua minggu melahirkan cahaya mata sulung, akhirnya pengacara Ain Edruce mendedahkan wajah serta nama anak perempuannya.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Ain dan suami menerusi saluran YouTube milik pengacara berkenaan.

“Nama anak kitaorang adalah Soraya Binti Muhammad Amirul Hafiz, Soraya bermaksud ‘cantik’.

“Dah ramai sangat-sangat nak tengok gambar dia, even kawan-kawan sendiri pun Ain tak tunjuk sebab rasa masih awal untuk tunjuk,” jelasnya.

Ain berkata, setelah berbelas hari bersalin, kini barulah dia bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya.

Menurutnya, dia bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya mahu berkongsi kebahagiaan yang dimiliki mereka.

Dalam pada itu, menerusi video berkenaan juga Ain turut berkongsi pengalaman ketika melahirkan anak pertamanya itu.

Jelasnya, proses untuk melahirkan mengambil masa selama 26 jam serta tiga kali melakukan induce serta mengambil epidural.

“Perjalanan melahirkannya memang agak lama iaitu dalam 26 jam, tetapi rasa macam dua hari.

“Pada mula memang agak sedih melihat kepala baby agak lonjong, namun selepas melihat wajahnya saya sangat berbaloi dan gembira,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button