Cerita ArtisHiburan

Aina Abdul Perjelaskan Fesyen Pelik Ketika Acara Red Carpet ABPBH 34 Adalah Simbolik Untuk Single Baharu

Setelah mendapat kecaman pelbagai pihak berhubung fesyen pelik yang ditampilkan semasa acara red carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (ABPBH 34), penyanyi Aina Abdul akhirnya tampil memberikan penjelasan.

Aina Abdyl berkata, busana serba hitam hasil rekaan mereka Behati itu sebenarnya adalah simbolik kesinambungan kepada jalan cerita single baharu yang diterbitkannya.

“Konsep busana yang saya pakai semasa acara red carpet sebenarnya merupakan simbolik kepada bentuk bunga mawar dan inspirasinya adalah mawar merah.

“Bagamaimanapun, pada malam ini (semalam) saya mahu menampilkan mawar hitam dan ia merupakan simbolik kepada fesyen yang sudah lama saya ingin ketengahkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai kecaman yang diterimanya di media sosial berhubung penampilannya itu, Aina berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak membaca setiap kritikan.

Ujarnya, apa yang ditampilkannya itu adalah mengikut kata hatinya dan disebabkan itu dia jarang membaca sebarang kritikan yang dilemparkan.

“Apa yang saya lakukan berdasarkan rasa hati serta mahu setiap penampilan saya dapat memberikan impak yang tersendiri.

“Meskipun mendapat kritikan, saya anggap ia satu publisiti yang bagus,” ujarnya.

Pada ABPBH 34, Aina dan Khai Bahar telah diumumkan sebagai pemenang untuk anugerah bagi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
3
+1
8
+1
1
+1
5
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button