Cerita ArtisHiburan

“Air Mata Dan Kopiah Tak Boleh Selamatkan Kamu Lagi Dah” – Caprice Bidas Tuduhan Ebit Lew

Penyanyi rap popular, Caprice yang kini masih lagi berusaha meneruskan misi kemanusiaan memberitahu bahawa pendakwa bebas, Ustaz Ebit Lew telah melakukan fitnah terhadap dirinya.

Dalam satu posting yang dimuatnaik, Caprice turut memuat naik sekeping video yang memaparkannya bersalam dan berpeluk dengan Ebit Lew.

“Caprice tidak boleh berdiam lagi dah. Terlalu banyak ugutan diterima. Jadi terpulanglah. Kita akan jelaskan satu per satu dan pertahankan daripada tuduhan fitnah iaitu jenayah dalam Islam yang lagi teruk dari membunuh.

“InsyaAllah, anda akan lihat dan faham kenapa saya terluka hari dan kenapa selama ini satu Malaysia ditipu. Air mata dan kopiah tu tidak boleh selamatkan kamu lagi dah,” tegasnya.

Sebelum ini, Ebit menerusi satu pendedahan yang dibuat memberitahu Caprice telah menepis tangannya ketika ingin bersalam sewaktu bertemu di Mesir iaitu selepas pendakwah itu keluar dari Gaza.

Pada masa sama, Caprice turut memberitahu yang dia akan menjawab beberapa lagi dakwaan dan janji pendakwah itu kepadanya selepas ini.

“Mengenai isu melutut, apa dia janji kepada Caprice di hotel, dan ape berlaku di gaza yang buat Caprice sakit hati semua akan di jawab.

“Saya minta maaf kerana saya sudah tidak tahan caci maki lagi sementara orang-orang kuat susun strategi untuk sembunyikan Caprice,” katanya.

Terdahulu, Ebit telah menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh Caprice dan seorang lagi individu yang dikenali sebagai Nadir Al-Nuri secara langsung di media sosialnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
2
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button