Cerita ArtisHiburan

Aishah Tidak Berani Kata Sudah Tutup Pintu Hati Untuk Cari Pengganti Teman Hidup

Penyanyi popular Datuk Aishah mengakui tidak berani mengatakan pintu hatinya sudah tertutup untuk mencari pengganti teman hidup.

Mengakui berasa cukup selesa dengan kehidupan sekarang setelah bercerai akhir tahun lalu, Aishah berkata ia semuanya bergantung pada perasaan.

“Buat masa ini, saya enjoy dan tak ada banyak perubahan pun yang berlaku apabila hidup solo, tidaklah sampai rasa sunyi sebab anak pun ada.

“Kalau ikutkan hati memang lebih senang dengan kehidupan sekarang. Tentang tutup pintu hati tu, kita tak tahu dengan perasaan yang berbolak-balik, tiba-tiba dah terjumpa seseorang… kita pun tak tahu. Saya tak berani nak cakap,” ujarnya.

Aishah berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran single baharunya, Ketentuan Takdir yang berlangsung semalam.

Bercerita lebih lanjut mengenai penceraian dengan bekas suaminya, Aishah memberitahu mereka sudah berpisah sejak bulan September tahun lalu, namun lafaz cerai dibuat dua bulan kemudian.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai punca penceraian mereka kerana tidak mahu timbul pelbagai cerita pada masa akan datang.

“Benda pun dah settle dan ini (penceraian) bukanlah kali pertama berlaku dalam hidup saya. Lagipun saya dipesan supaya tidak bercerita kat mana-mana,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai single terbarunya iaitu Ketentuan Takdir, Aishah beranggapan lagu hasil ciptaan Chevy Amry dan lirik oleh Datuk Habsah Hassan yang dianggap berbeza.

“Lagu Ketentuan Takdir ini ada kelainan dan memang itu pun yang saya cari. Ini supaya lagu-lagu yang saya rakam tak mudah diagak dan ia ada kelainan. Saya suka dengan sentuhan dan susunan lagu ini terutama bila lirik lagu ini menceritakan keresahan dalam jiwa dan emosi.

“Sewaktu dapat baca lirik yang ditulis oleh Datuk Habsah Hassan, pada saya ia memberi makna yang baru dan saya boleh kaitkan denganapa yang terjadi mengenailagu itu. Pada saya untuk menyanyi dengan baik, perlu ada kemampuan untuk fahami jalan cerita lagu itu.

“Apabila sudah dapat lirik saya setuju untuk teruskan. Proses ini berlaku dengan cepat, Azlan Abu Hassan buat susunan dan seterusnya buat rakaman,” katanya.

Lagu Ketentuan Takdiri kini boleh dilayari di semua platform digital seperti Spotify, JOOX, Apple Music, DEEZER dan YouTubeMusic manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button