Cerita ArtisHiburan

Aishah Tidak Sengaja Sekat Akaun Instagram, Siti Nurhaliza Tidak Mahu Perbesarkan Isu

Baru-baru ini timbul kekecohan apabila penyanyi Aishah yang dikatakan telah menyekat akaun Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kemudian Aishah sendiri sudah membuat kenyataan bahawa dirinya telah tidak sengaja berbuat demikian.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Siti Nurhaliza menyatakan bahawa ia bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan sama sekali.

“Sebenarnya saya tidak mahu perbesarkan isu ini sebab saya sendiri pun tak periksa, kadang-kadang tak sempat nak pegang atau periksa telefon.

“Biasalah, kadang-kadang kita sendiri pun mesti pernah tidak sengaja menyekat akaun Instagram orang lain. Ia adalah perkara biasa dan mungkin tidak perasan, tetapi apa yang paling penting adalah saling menghargai,” ujarnya.

Siti berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran single medley klasik Siti 1 dan produk minuman jeli berkhasiat ‘Aafiyah’ khas untuk kanak-kanak yang diberi nama Beaukids yang berlansung hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keadaannya ketika ini, Siti memberitahu dia kini sudah berada dalam fasa trimester ketiga kehamilan keduanya.

Ujarnya Siti, kalau diikutkan dia mahu berehat lebih awal daripada sebarang aktiviti, namun tidak dapat berbuat demikian dalam tempoh sekarang.

“Untuk kehamilan kali ini memang saya dah beritahu kepada pihak pengurusan untuk berehat awal, namun rezeki yang diperolehi tidak dapat saya tolak.

“Saya harap dapat menyelesaikan semua kerja yang ada hingga pada hujung bulan ini dan selepas itu barulah saya berehat,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button