Cerita ArtisHiburan

Aizat Amdan Sudah Risik Kekasih, Sasar Mahu Tamatkan Zaman Bujang Pada Tahun Ini

Penyanyi popular, Aizat Amdan memaklumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya pada tahun ini.

Aizat berkata, dia dan keluarga juga telah merisik kekasihnya, Elysaa Alia yang juga talent manager di syarikatnya itu pada bulan lalu.

“Insya-Allah… apa-apa saya akan updated. Cuma sekarang ni kami tak boleh nak confirmkan apa-apa. Kami perlu melihat situasi yang sesuai dan berusaha ke arah itu.

“Untuk persiapan pula memang dah ada, misalnya kami dah mula cari untuk lokasi yang bersesuaian. Lagipun persiapan perkahwinan ni pasti akan ambil masa yang lama,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aizat turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia sudah berkahwin berikutan kekasihnya itu ada memuat naik sekeping gambar bayi yang dikatakan iras-iras wajahnya.

“Sebenarnya itu adalah anak kepada kakak saya dan Elysaa pula memang sukakan budak-budak. Jadi, memang tidak benar kalau ada yang kata saya dah berkahwin.

“Berkenaan dengan Elyssa pula, sepanjang mengenalinya saya melihat dia seorang yang caring dan penyayang serta suka menolong orang lain. Itu antara faktor yang buatkan saya terpikat dengannya,” ujarnya.

Mengenai perkembangan terbaru karier seninya pula, Aizat memaklumkan kini dia agak sibuk menghasilkan lagu untuk beberapa penyanyi baharu.

Selain itu, dia juga memaklumkan akan terbabit dengan projek lagu di luar negara setelah kembalinya dia dari Los Angeles.

“Ketika berada di LA, saya sempat berjumpa dengan Yuna serta penerbit di sana. Itu adalah perancangan untuk karier nyanyian saya. Sekarang ni memang banyak perkara yang harus dilakukan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button