Cerita ArtisHiburan

Aktres Popular Ditahan Dalam Keadaan Khayal, Miliki Dadah

Seorang pelakon wanita dipercayai Uqasha Senrose telah ditahan pihak polis selepas ditemui dalam keadaan khayal selain didapati memiliki sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Eramin 5 sebanyak 53 biji yang ditemui dalam beg tangannya.

Memetik laporan sebuah portal berita, dadah yang ditemui dianggarkan bernilai RM660 selain ujian saringan awal air kencing terhadap aktres itu juga didapati negatif.

Pelakon berusia 26 tahun itu dipercayai ditahan selepas kenderaan mewah yang dipandunya melanggar sebuah kereta di kawasan perumahan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, pagi Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan penahanan aktres terbabit bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button