Cerita ArtisHiburan

“Aku Sudah Terlalu Penat…” – Tegar Septian Maklumkan Sudah Bercerai Dengan Sarah Sheilka

Setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya penyanyi Indonesia, Tegar Septian mengumumkan dia sudah bercerai dengan Sarah Sheilka.

Kisah penceraian tersebut telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi satu posting di Insta Story, termasuk menyatakan dirinya bukan seorang lelaki sempurna.

“Sudahlah teman-teman, aku sudah tidak lagi bersama dengan Sarah. Aku sudah terlalu penat dan aku janji tak mahu berulang lagi perkara seperti ini.

“Maaf juga sebab aku bukan manusia yang sempurna. Kalau kalian mahu tahu, aku benar-benar runsing dan stres memikirkan urusan itu dan ini.

“Iya, aku di Instagram seperti seorang yang romantis. Tapi sebaliknya kalian tak tahu aku sebenarnya runsing. Sekali lagi, mulai dari detik ini, aku sudah tidak lagi bersama Sarah,” jelasnya.

Tegar berkata, buat masa ini dia mahu  memulakan hidup baru dan akan bermula daripada kosong.

Pada masa sama, faktor kewangan juga membuatkan dirinya berdepan dengan masalah depresi.

“Aku banyak berada di rumah. Jujur, aku orang yang tak boleh duduk diam saja di rumah. Namun aku sampai kurus kerana banyak berfikir. Nak cari duit pun susah dan di situlah aku depresi,” katanya.

Dalam pada itu, Tegar berkongsi rakaman video ringkas di IGS dengan mengatakan bahawa sebenarnya terlalu banyak masalah yang tidak dapat diceritakan.

“Sebenarnya terlalu banyak masalah dan panjang sangat untuk diceritakan,” katanya.

Tegar berkahwin dengan Sarah pada Mac 2020 ketika dirinya berusia 19 tahun.

Hasil perkahwinan itu, pasangan muda ini dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama, Abidzar Oktaviano Putra Septian berusia dua tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
4
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button