Cerita ArtisHiburan

Akui Dirinya Lebih Berjiwa Seni, Najwa Mahiaddin Tak Minat Ceburi Bidang Politik

Penyanyi popular Najwa Mahiaddin atau lebih dikenali sebagai NJWA mengakui tidak berminat menceburi bidang politik meskipun bapanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang bekas Perdana Menteri.

Najwa berkata, dia sendiri lebih berminat dengan bidang seni dan keluarganya tidak pernah memaksa atau memberi tekanan untuk dia terlibat dalam politik.

“Saya mempunyai jiwa seni dan memang tak reti nak berpolitik. Lagipun sejak awal lagi keluarga banyak beri sokongan untuk saya bergiat dalam bidang muzik.

“Malah, saya juga belajar muzik apabila masuk ke universiti. Jadi, saya tidak ke arah untuk bergiat atau terbabit dalam politik, walaupun ada beberapa artis yang berbuat demikian,” jelasnya.

Najwa berkata demikian ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana filem Rahsia, di mana dia menyanyikan lagu OST untuk filem berkenaan berjudul Alunan Lara.

Dalam pada itu, Najwa memberitahu dia kini kembali aktif semula dalam bidang nyanyian setelah berehat selama beberapa tahun.

“Sebenarnya saya sibuk dengan peranan sebagai seorang ibu. Sejak melahirkan cahaya mata dua tahun lalu, saya memang fokus kepada anak.

“Kini, saya kembali aktif untuk menyanyi dan pastinya mengharapkan ada tawaran yang akan dapat. Apapun saya cuba seimbangkan antara menjaga anak dan menyanyi,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button