Cerita ArtisHiburan

Akui Pelik 7 Nasihat Dinilai Kurang Original, Luca Sickta & Kmy Kmo Tetap Akur Keputusan Yang Dibuat

Tidak dinafikan lagu 7 Nasihat yang dipersembahkan oleh Shiha Zikir, Luca Sickta dan Kmy Kmo antara yang disebut-sebut bakal memenangi Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35).

Bagaimanapun, lagu berkenaan gagal mendapat sebarang tempat dalam saingan anugerah berprestij tersebut dan ketua juri sendiri ada memberi komen mengenai kegagalan lagu berkenaan.

“Secara jujurnya kami rasa agak pelik sebab lagu-lagu sebelum ini banyak juga ambil inspirasi lagu-lagu luar dan membuatkan bunyi sendiri.

“Apabila kami keluar dengan 7 Nasihat dan diberi komen begitu, kami macam lost sekejap sampai tertanya-tanya adakah salah apa yang kami buat,” jelas Luca.

Sebelum ini, Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri menyatakan bahawa kegagalan lagu 7 Nasihat disebabkan melodi yang kurang asli.

Jelas beliau, terdapat melodi lagu tradisional yang dipinjamkan telah membuatkan ia dinilai kurang original memandangkan original dan kreativiti markah paling besar dinilai dalam sesebuah lagu.

Namun begitu, Luca menjelaskan mereka tetapi akur dengan penjelasan yang telah dibuat dan sudah buat yang terbaik untuk lagu 7 Nasihat.

“Kalau nak kata kami tak kecewa, memang menipu sebab bukan sahaja kami, malah satu team sudah bekerja keras.

“Kecewa itu memang ada, tetapi season ni dah habis dan kami perlu fokus pada season seterusnya,” ujarnya.

Sementara itu, Kmy pula menyatakan dia akur dengan keputusan yang dibuat dan bertekad untuk kembali lagi ke pentas yang sama pada masa akan datang.

“Siapa nak bawak warna-warni muzik asli Malaysia kalau bukan kita sendiri. Dan setiap penggubah lagu pasti ada inspirasi lagu lain,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button