Cerita ArtisHiburan

Akui Rasa Berat Hati, Sharif Hormati Keputusan Atu Yang Mahu Bersama Kumpulan Lain Dalam Saingan MLM 2021

Salah seorang ahli kumpulan Zero, Sharif menghormati keputusan yang dibuat oleh adiknya, Atu untuk bersama kumpulan lain bagi saingan Maharaja Lawal Mega (MLM) 2021 yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Sharif berkata, meskipun mengakui berasa berat hati dengan keputusan berkenaan, namun ia adalah keputusan yang dibuat oleh Atu sendiri bagi mencari kelainan dan pengalaman berbeza.

“Sebenarnya memang rasa berat sebab sebelum ini kalau untuk beraksi di pentas MLM, saya memang tidak mahu Zero tu dipecahkan.

“Cuma saya hormati keputusan Atu dan tidak boleh halang kerana itu kemahuan dia untuk mencuba sesuatu yang baharu. Saya doakan dia bersama kumpulannya dapat membuat persembahan yang terbaik,” ujarnya.

Sharif berkata demikian semasa sesi sidang media secara virtual pengenalan barisan peserta yang akan bertanding di MLM 2021.

Untuk kali ini, Sharif bersama Syaiful @ Melati akan bersama dengan Danial Zaini menerusi kumpulan Tiro, manakala Atu pula membentuk gandingan kumpulan Boro bersama Fad dan Achey.

Dalam pada itu, biarpun sebelum ini pernah menyatakan tidak akan menyertai MLM selain bersama Zero, Sharif menyatakan dia mempunyai alasan tersendiri untuk terus bersaing.

“Memang dulu saya pernah cakap tak akan join MLM sekiranga tak bersama Zero, namun keputusan untuk bersaing adalah disebabkan permintaan peminat-peminat yang mahu melihat kami terus beraksi.

“Ramai peminat cakap memandangkan Atu pun bertanding, takkanlah saya dah Syaiful tak join. Memang banyak kali juga kami berfikir sehinggalah memutuskan untuk turut bersaing,” jelasnya.

Sementara itu, MLM 2021 menyaksikan sebanyak 11 peserta yang akan bersaingan untuk merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai RM500,000, di mana semuanya adalah berkumpulan tanpa penyertaan pelawak solo.

MLM 2021 selama sepuluh (10) minggu ia bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) mulai 15 Oktober, setiap Jumaat, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand. – KopiPlanet.com

.

SENARAI PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2021

  1. KUMPULAN BORO : Achey, Atu & Fad
  2. KUMPULAN PUTEH : Mamak, Vicha & Ali
  3. KUMPULAN 3OTAK : Phoon Chi Ho, Farid Azmier & Parakash Daniel
  4. KUMPULAN R&R : Man & Rahim
  5. KUMPULAN TOBAT : Shuk Sahar, Bell Ngasri & Ropie
  6. KUMPULAN OTAI : Azlee, Ieda Moin & Acong
  7. KUMPULAN ORIX: Achok, Yassin & Abu Mamu
  8. KUMPULAN CAWAN: Aliff Yasraf, Wan Gegau & Che Mat Raja Lawak
  9. KUMPULAN TIRO: Sharif (Botak), Syaiful (Melati) & Danial Zaini
  10. KUMPULAN BAHYE: : Zahid, Nizam Jentik Jentik & Shashic
  11. KUMPULAN TAICI: Chiwan, Tapai & Ilham









Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1
+1
2
+1
3
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button