Cerita ArtisHiburan

“Al-Fatihah Buat Abah…” – Bapa Arja Lee Meninggal Dunia

Pelakon popular, Arja Lee telah kehilangan insan tercinta apabila bapanya, Ramli Uteh telah meninggal dunia hari ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

“Abah, kan adik dah bagi tahu abah yang abah kena ada kena datang dan abah kena tengok scroll master adik tak lama jer lagi bah. Abah cakap hari tu abah nak tengok adik jadi pensyarah kan?

“Abah cakap abah selalu doakan adik dan semua anak anak abah berjaya dalam hidup! Itukan doa abah,” ujarnya.

Tulis Arja, bapanya telah disahkan meninggal dunia pada pukul 4.45 petang tadi selepas waktu Asar.

“Tapi hari ni , jam 4.45 petang tadi lepas Asar kenapa abah pejam mata dan abah tak bangun bangun? Adik dah balik ni bah, nak jumpa abah… Abah kena peluk adik tau! Adik tak sabar nak jumpa abah .. 

“Adik dah tak boleh nak menaip , adik sedih sangat sebab adik belum sedia untuk tak dapat jumpa abah lagi. Al-Fatihah buat Abah,” luahnya.

Dalam pada itu, peminat serta rakan-rakan artis telah mengucapkan takziah atas pemergiaan bapa pelakon berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button