HiburanSelebriti

Alami Masalah Kesihatan, Aya Amiruddin Nak Tarik Diri Daripada Program Mega Spontan?

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum ke final, salah seorang peserta program Mega Spontan iaitu Aya Amiruddin memberi bayangan seolah-olah mahu menarik dari.

Dalam satu posting di akaun media sosial miliknya, Aya yang juga seorang influencer terkenal meminta maaf sambil menyatakan tidak mampu berjuang lagi.

“Maafkan aku, berjuang tak sampai habis,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, menerusi video yang pernah dimuat naik, Aya ada memaklumkan bahawa dia mempunyai masalah kesihatan sehingga menyusahkan rakan-rakannya dalam program tersebut.

Sementara itu, menerusi posting berkenaan rata-rata rakan artis dan peminat memberikan sokongan untuk dia terus berjuang dalam Mega Spontan serta mendoakan agar kesihatannya kembali pulih. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button