PopularViral

Alat Mainan Slime Tersangkut Atas Kepala, Ibu Nekad Potong Pendek Rambut Anak Perempuannya

Kasihan tapi lucu saat melihat satu video yang dikongsikan oleh seorang ibu menerusi akaun TikTok beberapa hari yang lalu.

Dalam video yang dimuat naik oleh akaun Uwais & Juwita tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas tapi melucukan apabila alat mainan slime tersangkut di kepalanya.

Dalam video berkenaan, ternyata ibunya terkejut apabila melihat kepala anak perempuannya yang dikenali dengan nama Juwita dipenuhi dengan slime sehingga menutupi sebahagian kepalanya.

Agak sukar untuk menanggalkan benda tersebut, si ibu nekad memotong pendek terus rambut anak perempuannya sebagai jalan pintas untuk mengatasi masalah tersebut.

“Macam mana nak tidur,” tanya si abang yang berada di tepi melihat gelagat si ibu dan Juwita yang sedang ‘berperang’ dengan slime.

Video tersebut bukan sahaja mengundang reaksi lucu daripada netizen tetapi dalam masa yang sama ramai berkongsi petua bagaimana menanggalkannya tanpa perlu membotakkan rambut.

“Tak pasal-pasal kena buat cukur jambul kali kedua,” tulis seorang netizen.

“Basuh sahaja dengan air, nanti slime akan hilang,” kata akaun yang lain pula.

Ada pula yang memberikan petua agar slime dicuci dengan cuka atau menggunakan minyak masak. Macam-macam petua yang diterima menerus ruangan komen.

Namun wanita ini mendakwa sudah terlambat untuk mencuba kesemua tips yang diberikan kerana dia sudah pun membotakkan kepala anaknya itu. – KopiPlanet.com

@ezzeyanti

Berat mata memandang, berat lagi si juwita menerima kenyataan…

♬ original sound – UWAIS & JUWITA 🤍 – UWAIS & JUWITA
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button