Rancangan TVTV

AlHijrah Apps Sediakan Kemudahan Tontonan Lebih 5,000 Program Ilmu Pendidikan & Hiburan

Pada era ledakan teknologi masa kini, ilmu dan maklumat sudah berada di telapak tangan kita. Perkembangan yang pesat ini mengubah budaya menonton TV cara dahulu yang lazimnya hanya bertumpu di ruang tamu rumah sendiri, atau tumpang menonton di rumah jiran pada zaman nenek moyang kita.

Kini, penonton bukan sahaja menikmati siaran secara langsung, malah program kegemaran yang terlepas tonton kerana kekangan masa juga boleh diakses semula di mana-mana sahaja.

Perkembangan teknologi ini mesti dimanfaatkan untuk tujuan yang boleh membangunkan ummah. Walaupun sisi negatif teknologi komunikasi selalu diperkatakan, ia tidak dapat menafikan kebaikannya bergantung kepada niat dan tujuan pengguna itu sendiri.

Dengan teknologi juga kaedah menuntut ilmu agama semakin banyak berubah. Walaupun institusi seperti masjid, madrasah terus mengadakan kuliah agama, teknologi menjadikan telefon pintar sebagai alat untuk tujuan yang sama. Ilmu dicedok dari telapak tangan sendiri.

Melalui aplikasi telefon bimbit Alhijrah Apps yang kini sudah boleh diakses sepenuhnya, penonton mendapat kemudahan mengikuti siaran langsung rancangan-rancangan TV AlHijrah di segenap ceruk dunia serta lebih 5000 program ilmu pendidikan serta hiburan bernada islamik yang telah disiarkan di TV AlHijrah.

Kemudahan ini disediakan kepada penonton kerana sepanjang sebelas tahun bersiaran banyak program TV AlHijrah yang mendapat sambutan hebat, malah ada yang memenangi anugerah.  Bagaimanapun penonton berdepan kesukaran untuk mengulang tonton program berkualiti yang diminati itu.

Misalnya begitu banyak program bercorak bual bicara dan ceramah agama yang mencatat penarafan (rating) tinggi semasa disiarkan. Program itu sebelum ini hanya tersimpan dalam arkib walaupun masih banyak yang ingin menonton.

Memasyarakatkan ilmu pengetahuan dan berdakwah melalui kemudahan teknologi merupakan satu keperluan utama yang seharusnya dimanfaatkan oleh umat Islam supaya tiada lagi jawapan ‘tidak sampai seru’ dijadikan alasan untuk berubah kepada kebaikan.

Program yang boleh diakses melalui AlHijrah Apps ini menepati kehendak masyarakat yang mencari kandungan kreatif yang menepati nilai-nilai yang selari dengan kehendak Islam.

AlHijrah Apps boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple Store secara PERCUMA dan bagi mereka yang memuat turun aplikasi ini sekarang akan mendapat keahlian Premium secara automatik. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button