HiburanSelebriti

Aliff Syukri Dakwa Dirinya Penyanyi Lelaki Nombor Satu, Mahu Hasilkan Lagu Baharu Jika Dapat Persetujuan Ramai

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa dirinya adalah merupakan penyanyi lelaki nombor satu, manakala Datuk Seri Siti Nurhaliza pula penyanyi wanita nombor satu negara.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Aliff menerusi video temuramah bersama Datuk Aznil Hj Nawawi dalam rancangan Hard To Heart.

“Saya ni penyanyi nombor satu tau, tahun ni saya nombor satu. Penyanyi nombor satu perempuan Siti Nurhaliza. Saya penyanyi nombor satu lelaki.

“Saya dah dapat (award nyanyian), tapi macam banyak yang cemburu. Dah dapat tapi dihalang,” jelasnya.

Selain dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya, Aliff juga pernah menghasilkan beberapa buah single, termasuk lagu Kelepok Raya yang mendapat kritikan netizen berhubung muzik video yang dihasilkan.

Dalam pada itu, usahawan yang sering mencetuskan kontrovers itu turut memaklumkan dia akan keluar dengan sebuah lagu baharu jika mendapat persetujuan ramai.

“Siapa setuju saya berbakat?? Kalau ramai yang setuju bulan depan saya keluarkan lagu baru,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
4
+1
0
+1
13
+1
1
+1
4
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button